Pages

Tuesday, December 14, 2010

KERATAN DAN PETIKAN MEDIA MENGENAI SIDANG MEDIA PADA 9/12/10

 
1) BANTU PELAJAR DI TIMUR TENGAH
 
KUALA LUMPUR: Prihatin terhadap nasib kira-kira 2,000 pelajar Islam yang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di luar negara khususnya Timur Tengah yang terpaksa ‘merempat’ akibat tiada wang tajaan membiayai pendidikan mereka, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan Tabung Kecemasan Pendidikan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Maamor Osman berkata, pihaknya simpati terhadap nasib membelenggu pelajar terbabit yang berkemungkinan besar terpaksa melupakan hasrat bergelar pakar perubatan. Beliau berkata, daripada jumlah terbabit, kira-kira 500 pelajar pelbagai jurusan perubatan termasuk pergigian dan farmasi berhadapan dengan masalah kewangan kronik kerana kebanyakannya datang daripada keluarga susah antaranya nelayan dan petani. “Kita sedih melihat keadaan mereka kerana pelajar ini semuanya cemerlang dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tetapi akibat masalah kewangan dan tiada bantuan, negara mungkin kehilangan calon pakar perubatan. “Kebanyakan mereka ini dibiaya keluarga sendiri pada tahun pertama dengan purata kira-kira RM50,000 sudah dihabiskan bagi menampung pengajian. “Tapi, mereka kini sudah tiada wang untuk meneruskan pengajian hingga ada yang terpaksa mengikat perut, berkongsi makanan dan kediaman semata-mata untuk meneruskan pengajian,” katanya pada sidang media selepas melancarkan tabung berkenaan, di sini, semalam. Turut hadir, Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Arman Azha Abu Hanifah; Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim dan Ahli Majlis Perundingan Melayu, Yusof Suhaimi Mohd Yatim. Dr Maamor berkata, selepas mengadakan beberapa rundingan bersama beberapa badan sebelum ini, pihaknya mendapatkan kerjasama Amanah Raya yang sanggup memberi biasiswa kepada kira-kira 200 pelajar mengikut kriteria ditetapkan iaitu pelajar yang mampu mendapat sekurang-kurangnya kelas dua rendah di universiti masing-masing.
 
Katanya, berdasarkan kriteria itu, hanya 150 pelajar menerima bantuan kewangan Amanah Raya manakala nasib 350 lagi masih terkontang-kanting. Justeru, katanya, pihaknya menubuhkan tabung bantuan berkenaan sebagai bantuan awal bagi menyelamatkan pengajian pelajar terbabit yang dikatakan merosot akibat serabut dengan masalah kewangan, serta pada masa sama masih menjalankan rundingan untuk mendapatkan kerjasama bantuan daripada syarikat milik kerajaan.

“Pelajar ini seolah terpinggir sedangkan kita sedia maklum negara kekurangan profesional dalam bidang perubatan dan mereka ini boleh menjadi aset untuk pulang membantu rakyat,” katanya. Menurutnya, perbandingan yuran pengajian dalam bidang perubatan di Timur Tengah adalah paling rendah iaitu kira-kira RM150,000 bagi enam tahun pengajian jika dibandingkan di Malaysia (RM250,000), Indonesia (RM300,000) dan Ireland (RM1.5 juta) bagi setiap pelajar.


Beliau berkata, pihaknya menyasarkan mengumpul RM30,000 dalam tempoh tiga minggu pertama selepas pelancaran sebelum diteruskan sebagai tabung bantuan awal kewangan untuk membantu pelajar dalam bidang kritikal di luar negara yang tidak mendapat sebarang bantuan.

Sementara itu, seorang bapa pelajar, Azali Idris, 52, berkata anak perempuannya yang kini menuntut dalam bidang perubatan di Australia turut melaporkan keadaan kira-kira 88 rakannya yang belajar secara persendirian di negara itu terpaksa berpuasa setiap hari meneruskan pengajian berikutan tidak menerima sebarang bentuk pinjaman. Ahli perniagaan itu, berkata dia sendiri sudah berhabisan tidak kurang RM30,000 untuk membiayai sendiri pelajaran anaknya, Ezza Nor Adzliyanni, 19, yang mendapat keputusan 8A1 dalam SPM, bagi tahun pertama saja, kerana tidak mendapat sebarang bentuk bantuan kewangan daripada mana-mana pihak. “Memang sedih melihat nasib pelajar perubatan di luar negara yang cemerlang tetapi tidak mampu meneruskan pengajian kerana tidak ada bantuan kewangan sedangkan mereka ini boleh menjadi aset kepada negara,” katanya. Bagi mereka yang prihatin, sumbangan boleh disalurkan dengan melayari laman web http://tabungkecemasanpendidikan.blogspot.com/ atau dalam bentuk cek/wang tunai ke PPIM melalui akaun CIMB bernombor 14370003771050.


2) Tabung Kecemasan Pendidikan dilancar2010/12/10

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam melancarkan Tabung Kecemasan Pendidikan untuk membantu pelajar negara ini meneruskan pengajian di universiti di Mesir.

Ia berikutan seramai 4,784 pelajar persendirian tanpa tajaan biasiswa dan pinjaman kerajaan bergelut untuk meneruskan pengajian ekoran kekangan kewangan sekali gus membataskan impian mereka mendapat ijazah sekiranya tidak dibantu.

Daripada jumlah itu, 2,000 pelajar sedang mengikuti jurusan dalam bidang kritikal seperti perubatan, pergigian dan farmasi. Lebih mengejutkan sebahagian daripada pelajar itu terpaksa pulang sekiranya gagal lunas yuran pengajian selewat-lewatnya Januari depan.

Sehubungan itu, RM30,000 diperlukan pada peringkat permulaan untuk disalurkan kepada pelajar berkenaan bagi meneruskan sesi pengajian dari tahun tiga hingga enam bermula awal tahun depan.

Penaung tabung yang juga Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman, berkata PPIM bersama Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Perundingan Melayu berusaha mengumpul dana bantuan sehingga penghujung Disember untuk membantu pelajar berkenaan.

“Kita berharap rakyat Malaysia dapat menghulurkan bantuan kepada pelajar kita di Mesir seperti kita bantu rakyat negara asing ditimpa bencana. Tanpa bantuan kita mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama Presiden GPMS, Jais Abdul Karim; Ketua Wira PERKASA, Arman Azha Abu Hanifah; Exco MBM, Abdul Rizam Mohd Akhir dan ahli Majlis Perundingan Melayu, Yusof Suhaimi Mohd Yatim.

Maamor berharap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut melaksanakan tanggungjawab sosial menghulurkan bantuan.

Orang ramai boleh memberikan sumbangan melalui nombor akaun Bank CIMB 14370003771050 atas nama Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan maklumat lanjut boleh melayari laman web tabungkecemasanpendidikan.blogspot.com
 

3) 2,000 pelajar Malaysia Timur Tengah dihimpit masalah kewangan


KUALA LUMPUR, 9 Dis – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Putrajaya supaya mencari jalan penyelesaian berhubung masalah yang dihadapi pelajar-pelajar yang menuntut di rantau Timur Tengah yang sehingga kini masih gagal mendapatkan pinjaman mahupun biasiswa daripada kerajaan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Majlis Belia Malaysia dan Majlis Perundingan Melayu turut menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya menghulurkan bantuan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Timur Tengah terutamanya kepada kira-kira 2,000 pelajar di Mesir.

Turut terlibat dalam usaha itu syarikat milik pelakon dan pengacara AC Mizal iaitu AC Konsortium Sdn Bhd.

Pada sidang media hari ini, turut dilancarkan ialah Tabung Kecemasan Pendidikan yang berfungsi untuk membantu pelajar-pelajar yang gagal mendapatkan pinjaman kerajaan.
Menurut Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma’amor Osman, tabung itu diwujudkan kerana sehingga kini masih belum ada kata putus terhadap nasib pelajar di Mesir yang kini menghadapi masalah kewangan.

“Kebanyakan pelajar ini gagal mendapatkan pinjaman mahupun biasiswa daripada kerajaan, menyebabkan mereka terpaksa mengikat perut di sana, saya juga difahamkan bagi tahun pertama kos pengajian ditanggung oleh ibubapa masing-masing.

“Menurut maklumat yang saya terima, kerajaan bersetuju sekiranya pelajar-pelajar ini mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mereka akan menerima bantuan daripada kerajaan, tapi sehingga kini tiada sebarang respons daripada pihak bertanggungjawab,” katanya.

Tambah Dr Ma’amor, terdapat beberapa pelajar cemerlang di Mesir amat memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing di sana.
Namun, tambah beliau sehingga kini kerajaan masih belum memberi kata putus berhubung status pinjaman mereka.

“Jumlah sebenar pelajar ini saya belum dapat lagi, tapi mereka ini amat memerlukan bantuan kewangan. Jika mereka gagal menerima bantuan menjelang Januari ini, mereka terpaksa pulang ke Malaysia tanpa menghabiskan pengajian mereka.

“Melalui tabung ini kita sasarkan RM30,000 untuk membantu pelajar-pelajar ini, saya percaya dalam tempoh tiga minggu ini kita akan dapat mengumpul jumlah tersebut sebelum disalurkan kepada mereka.

“Buat masa terdekat ini kita sasarkan RM30,000 dulu kerana pelajar-pelajar ini amat memerlukan bantuan, tabung ini juga kita akan teruskan sampai bila-bila,” katanya.

Dr Ma’amor berkata, selain sumbangan daripada rakyat sumbangan daripada GLC amat diperlukan bagi membantu menampung kos pelajar-pelajar Malaysia di luar negara yang dianggarkan mencecah puluhan ribu.

“Kita akan bantu semua pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara tidak terhad kepada pelajar di Timur Tengah sahaja.

“Sebab itu kita memerlukan sumbangan daripada semua pihak termasuk GLC untuk menghulurkan bantuan melalui tabung yang kita tubuhkan ini.

“Saya percaya GLC ini akan menghulurkan bantuan untuk membantu pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara,” katanya.

Tambah Dr Ma’amor, satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan itu tersebut dan sekiranya Najib gagal mencari jalan penyelesaian pihaknya akan membawa isu itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Kita akan jumpa Perdana Menteri untuk bincangkan perkara ini sekiranya beliau juga tidak boleh mencari jalan penyelesaian kita akan membawa perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Sebarang maklumat mengenai Tabung Kecemasan Pendidikan boleh didapati di www.tabungkecemasanpendidikan.blogspot.com dan bantuan juga disalurkan melalui akaun bank atas nama Persatuan Pengguna Islam Malaysia nombor akaun 1437-0003-7710-50 (CIMB).


4) 2,000 Malaysian students in Egypt in financial distress

KUALA LUMPUR, Dec 9 — Some 2,000 students in Egypt are in dire need of financial aid after failing to get assistance from Putrajaya, several groups said today. 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) secretary general Dato’ Dr Ma’amor Osman said the students taking the medicine, dentistry and pharmacy course in Egyptian universities will be stranded if they do not receive any money soon.

“Some of these students are in urgent need of RM 30,000 by January 2011. If this amount cannot be channelled to them in time, they will be stranded in Egypt, unable to pay their university fees,” Ma’amor said in a press conference.

He said these students were originally financed by their families for the first year but were promised financial aid by the government from their second year onwards if they meet the requirements.

“But they didn’t receive anything. They did meet the requirements but they got nothing,” Ma’amor said.
Ma’amor said the PPIM together with Perkasa, the Malaysian Youth Council, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) and Majlis Perunding Melayu had set up the Emergency Education Fund to collect the RM 30, 000 by the end of this month to help the students in need.

“In the meantime, we also urge the GLCs to exercise their social responsibilities by contributing to the emergency fund,” Ma’amor said.

“We will set up a meeting with the Prime Minister. We believe only he can solve this problem. But if the PM himself cannot solve this, then we will bring this issue to the King,” he added.

Ma’amor said even if the government and the GLCs provide financial assistance to the students in Egypt, the “emergency fund will still be continued. It would become a ‘ready-to-use’ fund.”

The students who would receive the financial aid will have to sign a pledge declaring that they would return and serve their country.

The pledge would also require them to contribute to the emergency fund.

However, Ma’amor told The Malaysian Insider that “the pledge the students would sign is not legally binding. It all depends on the sincerity of their hearts. If they want to contribute, they should. But if they don’t want to, it’s up to them.”

Perkasa Youth chief Arman Azha Abu Hanifah expressed his sadness over the matter and also urged the GLCs to come forward and set up education funds.

“I am saddened that our own students are not receiving any help for their education. I humbly ask all the GLCs to set up their own education funds to help the students. They are our future doctors,” Arman said.

Ma’amor claimed that the government imports doctors, dentists and pharmacists from around the world and asked “why can’t the government spend the money on our own students and help them financially in the medical courses?”

The NGOs have set up a CIMB bank account and have urged all Malaysians to donate to the fund.

1 comments:

dayang said...

marilah kita sama-sama membantu saudara-saudara kita ini......sesungguhnya kita akn mendapat ganjaran yang lebih besar kelak...insyaAllah

Post a Comment